Sejarah Pengaturcaraan

on Apr 10, 2012

Pembangunan Bahasa Pengaturcaraan mengikut perkembangan proses fizikal dan elektronik yang diguna dalam komputer hari ni.

Charles Babbage terkenal sebagai pereka bentuk mesin ala komputer yang pertama, dimana beberapa aturcara telah ditulis padanya oleh Ada Lovelace.

Dalam 1940-an, komputer berkuasa elektrik moden yang pertama telah dicipta dan memerlukan juruaturcara mengawal mesin secara manual. Beberapa keperluan untuk pengiraan ketentaraan telah menjadi kuasa penolak dalam pembangunan komputer.

Ini termasuk enkripsi, deskripsi, pengiraan pelancaran dan pengiraan jumlah nombor yang besar dalam pembangunan bom atom. Pada masa itu, bentuk komputer amat besar, lambat, dah mahal. Kemajuan teknologi elektronik selepas perang telah mendorong pembinaan komputer elektronik yang lebih praktikal.

Pada masa itu, Konrad Zuse memberi gambaran tentang penggunaan Bahasa Pengaturcaraan seperti pada hari ini.

Penemuan seterusnya dalam teknologi elektronik iaitu transistor, litar bersepadu dan cip telah mendorong pembangunan komputer yang lebih diharap dan berguna. Pembangunan ini selari dengan pembangunan beberapa variasi Bahasa Komputer yang dijalankan di atasnya. Apabila komputer lebih mudah didapati dan diguna, lebih ramai pengguna menggunakan komputer.


Ledakan pembangunan ini seterusnya menyebabkan kemunculan internet, lebih mudah mendapatkan komputer peribadi, serta meningkatkan penggunaan Bahasa Pengaturcaraan Komputer seperti Phython, Visual Basic dan sebagainya.