Pencipta Komputer

on Apr 10, 2012
1. Charles Babbage


1822

Charles Babbage mengemukakan ideanya tentang sebuah alat yang dapat membantu manusia dalam melakukan perhitungan yang rumit. Mesinnya yang tidak selesai dibuat, berada di London Museum of Science.






2. Dr. John V Atanasoff dan Clifford Berry


1937

Dr. John V Atanasoff dan Clifford Berry mereka komputer digital elektronik pertama. Dengan nama ABC (Atanasoff-Berry Computer). ABC hanya boleh mengukur tambah dan kurang.






3. Alan Turing


1943

Semasa Perang Dunia ke-2, ilmuwan inggeris yang bernama Alan Turing mencipta atau melukis pelan komputer elektronik khusus untuk tentera inggeris. Digunakan untuk menembusi kod pertahanan Jerman.






4. Howard Hathaway Aiken


1944

Howard Hathaway Aiken memcipta Mark I. Sebuah komputer hitung digital pertama yang dibina dan mempunyai luas 7.45 kaki x 50 kaki dengan berat 35 tan. Mark I boleh digunakan untuk mengira kebarangkalian.






5. Dr. John von Neumann


1945

Dr. John von Neumann menulis konsep simpanan data dan ketika itu masih berupa idea. Tidak di cipta dengan betul lagi.






6. Dr. John W. Mauchly dan J. Presper Eckert


1946

Dr. John W. Mauchly dan J. Presper Eckert Jr. menyelesaikan komputer berskala besar yang pertama, iaitu ENIAC (Electronic Numerical Integrator and Computer). Seluruh dunia mengetahui kedua-dua orang ini sebagai penemu komputer.

ENIAC mempunyai berat 30 tan, terdiri daripada 18,000 lampu tabung (tansistor saiz besar), mempunyai luas sehingga 30 kaki x 50 kaki, memakai tenaga 160,000 watt. Pertama kali komputer ini dihidupkan, seluruh rangkaian elektrik di Philadelphia terputus.






7. William Shockley, John Bardeen dan Walter Brattain


1947

Transistor pertama ditemui oleh William Shockley, John Bardeen dan Walter Brattain. Semenjal transistor dijumpai, saiz komputer semakin mengecil.