Maksud Komputer

on Apr 10, 2012
Komputer ialah sebuah mesin atau peranti yang digunakan untuk memproses maklumat berpandukan kepada program yang ditetapkan.


Pada awalnya, perkataan komputer bermaksud pengira. Mesin komputer dibina untuk melakukan pengiraan matematik yang kompleks. Mesin ini direka untuk membaca dan melaksanakan urutan sesebuah senarai arahan yang membuatkan ia melakukan operasi aritmetik dan logik berdasarkan angka binari.


Pada asasmya, komputer terdiri daripada ingatan jangka pendek dan ingatan jangka panjang untuk penyimpanan data dan unit pemprosesan pusat yang berfungsi sebagai unit kawalan serta mengandungi unit logik aritmetik.


Aksesori komputer seperti papan kekunci, tetikus atau kad grafik boleh dihubungkan supaya komputer dapat menerima input luar dan memaparkan output. 


Unit pemproses komputer melaksanakan siri arahan yang membuatkan ia membaca, memanipulasi dan kemudian menyimpan data. Ujian dan arahan loncat membenarkannya untuk bergerak di dalam ruang program dan oleh itu melaksanakan arahan berlainan sebagai fungsi dari kedudukan semasa dari mesin itu.